Saturday, October 17, 2009

OhSoRandom

Tajuk Besar : Chicken Pox
Reminder : Entri ini sangat membosankan






You know , untuk seminggu tak mandi , I masih kelihatan cute kan hahah fine I senyap sekarang

Jika anda telah menderita dengan penyakit di atas semasa kecil , sila bersyukur .
Kepada yang belum , padan muka dan semoga maju jaya .

Simptom pox ini muncul dalam masa 10 hingga 21 hari semasa jangkitan , sumpah tak lama . Simptom-simptomnya adalah seperti demam dan mengalami suhu badan yang tinggi , ruam gatal , letih dan sakit kepala bagai dinding bertemu kepala .

Paling penting jangan mandi , avoid seafood dan beberapa pantang larang yang agak banyak (tanya nenek/WAN masing-masing*) , and even if it is terribly itchy , I can't scratched them because it may lead to scars !(Tapi buat juga*)

I tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah selama beberapa minggu , tetapi ini tidak bermakna tidak belajar . Saya tetap mengulang kaji pelajaran , in fact , semua matapelajaran :-

BI- Baru tahu Demam Campak dipanggil Chicken Pox

BM-Baru tahu Chicken Pox dipanggil Deman Campak

MT-Mengira bilangan pox yang appear setiap hari (What else to do?*)

SJ-Google the history of chicken pox , sebab berlaku dan cara menempuhi

PI-Berdoa dan bertawakal

Chemistry-Be a Hydrophobic , in the first stinky week

Physic-Force applied menjunam

LK-Using the specific lotion , I main sambung-sambung dot poxes sehingga tercipta lukisan/imej baru

+M-Oh ini memang I buat , ceh *

Sv-Ini penting ! Sepatutnya subject ini masuk dalam senarai SPM ! Kesabaran , Kejituan , dan semangat hidup di semat setiap pagi .



Bagaimanapun I ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang banyak membantu , terutama Ibu bapa , Kakak , dan Bibik Wati . Oh && a special thanks to this grandpa !


Terjumpa dekat farmasi *



Atuk: Demam campak ye dik ? (Setelah melihat I tergaru-garu satu badan*)

Alz: Haah , nak dekat seminggu dah .

Atuk: Tu jangan garu-garu nanti kesan parut banyak , kalau dah dewasa kena campak , parut susah nak hilang tau . Kalau masa kecil senang .

Alz: Miang la , tak tahan !

Atuk: Memang la, gatal sangat kalau kena campak ni . Dah guna daun Mambu ?

Alz: Ah ?

Mak: Suami dah dapat daun kari dari kawan dia .

Atuk: Haih ! Tu untuk goreng , bukan untuk campak !

Mak: Dah tu ?

Atuk : Guna daun Mambu , mandi dengan daun tu insyallah miang gatal-gatal tu kurang .

Mak: Daun apa tu ? Mana nak dapat ?

Atuk: Kat rumah saya ada daun tu , dekat masjid pun ada tapi dekat masjid punya besar-besar pokok dia . Tak sampai kalau nak ambil . Senang ambil je dekat rumah saya lah . Rumah saya dekat seberang jalan tu je , seksyen 10 .

Mak: Oh , okay . Ada sapa kat rumah tu ?

Atuk : Tak da sapa , saya tinggal seorang , saya bachelor .

Mak: (Tersimpul malu*) Oh hehehehe

Atuk : Bak pen dengan kertas saya tunjukkan arah ke rumah saya . Rumah saya ni senang nak cari . Semua warna hijau , dinding depan , tiles semua hijau sebab saya ni orang PAS .
Ambik lah daun tu banyak mana yang nak ya. Pokok ni pun cepat tumbuh jadi saya tak kesah .

Mak: Oh terima kasih lah ya !

Atuk: Ya , ni patutnya adik ni tak boleh keluar tau ! Stage ni boleh berjangkit dengan orang . Kalau kena hujan lagi teruk . Nanti naik bintik-bintik besar 5sen (I pun tak tau teori ni betul ke tak , but if it is , peh gila nightmare *)


Peta ke rumah (;


Rejeki jangan di tolak



However , he reminds me of my late grandfather :’)


Addition , kelebihan penyakit ini ialah :

-Tidak perlu menghadirkan diri ke sekolah dalam jangka masa 2-3 minggu
-Berat badan pasti turun kerana kurang selera makan akibat soreterut yang teruk dll
-Boleh minta ahli keluarga menunaikan segala permintaan oleh sebab belas kasihan
-Penjimatan credit telefon bimbit
-Dapat perhatian dari semua pihak (kadang-kadang agak annoying*)

Keburukan tidak perlu dinyatakan sebab banyak sangat -.-




Lastly,
During those boring+terrible+disaster days , I had created a song . A 10/5 seconds song called LAME BUT TRUE dengan dance sekali dengan kakak-kakak I (Kakca & Kakya sila malu)*.

It rhymes just like the paddle pop song , you know
'Paddle pop , paddle pop , super duper yummy !'

It turns out to be
'Chicken pox , chicken pox , super duper itchy !'

(Lagu ini dicipta tidak lebih dari 2 minit , so don't judge me HAHAHAHAH*)
Im done with this entry .
Bye !





Aleeza.

No comments:

Post a Comment