Tuesday, October 6, 2009

War

Salam kembali bersama rancangan bosannya bersama Aleeza !

SPM sudah sangat hampir dan segala persiapan hendaklah disiapkan . Persiapan ini merangkumi aspek fizikal , mental mahupun rohaniah diri sendiri bagi mengelakkan ungkapan ‘nasi sudah menjadi bubur’ ataupun bak kata Professor Syed Hafiz Syed Ahmad ‘ Bagai meludah ke langit ‘ diungkapkan selepas keputusan SPM dikeluarkan .

Matapelajaran yang diambil ;

BM
BI
PI
MT
SJ
ED
PHY
CH
+M

Harapan untuk score A , hmm mungkin matapelajaran asas sahaja plus ED , oh tetapi Sejarah perlu dikecualikan . Sesiapa yang mempunyai tips supaya hati boleh terbuka dengan matapelajaran Sejarah , sila berkongsi . Jasa anda amat dihargai (':

Its not like tidak berkeyakinan untuk score semua A , it is just to good to be true !
Tak baik cakap macam itu kan . Baiklah , Walaubagaimanapun , I akan cuba usahakan untuk yang terbaik sebelum mendapat berita yang tidak baik !

Trial result ? Tidak boleh di hebahkan di sini kerana belog I ini akan dikunjungi oleh kakak-kakak I . Hi Kakca and Kakya (: ehem jangan bagitau Mak*

Ayuh impikan keputusan ini mampu dikecapi ,



Sila jealous *
Zoom sendiri , maluu hahahhah ;p



Inisiatif yang bakal dilakukan ;

1.Cuba bangun tidur awal dan mengulangkaji pelajaran seperti ElynaTheGreat

2.Cuba menolak ajakan Aqilah Omar untuk shopping & merayap di mall

3.Soalan latih tubi telah cuba di latih bertubi-tubi

4.Penggunaan internet seperti myspace (nasib baik tak ada facebook) dan sibuk mengikuti ANTM cycle 13 di youtube juga dikurangkan

5.Doa selepas solat dipanjangkan

6.Mengingatkan diri bahawa lebih kurang dua bulan sahaja untuk memakai pakaian seragam sekolah

7.Matapelajaran yang lemah cuba diatasi dengan tenang dan sabar

8.Cuba tidak menghadiri open house (sila percaya) . Mari blame mereka yang melambat-lambatkan open house , maaf*

9.Addicted dengan Game Tap Tap Revenge di dalam iPhone mula ditangani

10.Jauhi junk/fast food dan minuman bercarbonat yang bisa menumpulkan akal


Bottom line ,

To all of SPM candidates , Good Luck . I wish you all the best (:




Aleeza.

No comments:

Post a Comment